Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca semua? Harap masih segar untuk membaca posting di mywindowsxp ini. 🙂 Seperti yang anda semua maklum 3 hari lepas iaitu pada 30 Jun 2008, Microsoft telah menghentikan pengeluaran lesen untuk produk Sistem Pengoperasian Windows XPnya.

Walau bagaimanapun, sehingga hari tersebut, banyak lagi syarikat dan persendirian masih menggunakan Windowsx XP melainkan anda membeli kompputer atau laptop baru yang telah siap disertakan bersama Windows Vista. Biasalah ketika produk baru keluar, produk lama terpaksa dihentikan walaupun produk lama lebih baik atau boleh dikatakan telah serasi dengan pengguna sebenarnya.

Pada hari tersebut juga, satu laman web telah membuat petition untuk membantah pemberhentian lesen Windows XP. Sebanyak ratus ribuan nama telah dikumpul dan fail dalam format CSV itu dihantar kepada Microsoft untuk pertimbangan. Laman web itu mempunyai sebab tersendiri mengapa Windows XP perlu diselamatkan. Hasilnya masih juga sama, pengeluaran lesen Windows XP dihentikan, feedback daripada petition itu masih belum diterima.

Sejak kebelakangan ini, banyak laman web telah mula membuat entri tentang tip dan trik Windows Vista. Kebanyakannya laman web dari bahasa Inggeris. Mungkin selepas ini ada yang dalam bahasa Melayu pula kerana saya melihat banyak laman weblog komputer dalam bahasa Melayu yang sedang membangun sekarang berkisar tentang Windows XP. Well, its a good start if we are one step ahead right?

Seperti nama yang laman ini, saya akan terus membuat entri tentang Windows XP dan juga tip-tip internet serta perkakasan komputer dan juga barang-barang elektronik berkaitan. Windows XP mungkin mengambil masa lebih daripada 1 tahun untuk dilenyapkan (jika itu yang Microsoft mahu). :p

Ok, pastikan anda sentiasa bersama kami di sini. Sebarang pertanyaan untuk Windows XP Salam ceria semua. Sekian.

Post Yang Berkaitan