Open Source bermaksud sumber terbuka, manakala CMS bermaksud Content Management System. Ini bermaksud sumber terbuka untuk sistem pengurusan kandungan. Pening? Hehe. Ia digunakan untuk membuat sebuah laman web dengan kadar segera, tanpa perlu mengetahui koding2 dengan mendalam atau sedikit pun. Banyak laman web atau portal telah dibangunkan pada masa sekarang dengan menggunakan cara ini.

Semasa sedang mencari genre (betulkah genre? :p) sesuai untuk membuat satu laman web lain untuk komuniti, saya terserempak dengan satu laman web OpensourceCMS yang menyenaraikan semua ‘open source content management system’ berserta dengan test page dan muat turun sekali.

Seperti entri sebelum ini yang mengajar penggunaan fantastico, anda juga boleh mendapatkan perisian membuat laman web percuma itu (open source katakan.. ) dan tambahan lain-lain lagi di sini.

Antara genre2 atau kategori untuk membuat laman web sekarang terbahagi kepada:
1. Portal
2. Blog
3. e-Commerse
4. Groupware
5. Forum,
6. e-Learning
7. Galeri Imej
8. Wiki
9. dan lain2.

Untuk membuat laman web di atas, anda memerlukan satu domain (seperti .com, .net) dan satu web hosting (sebagai tempat simpan fail, dokumen atau gambar-gambar untuk laman web anda.)

🙂

Post Yang Popular