10 Jun
Salam semua,
Entri ini adalah permintaan dari saudara blogmenjerit yang tidak segan silu ingin menambah ilmu pengetahuannya di lewat pagi ini dan bakal mengembangkan empayar blognya.
Berikut ialah step yang anda perlu lakukan untuk menukar domain daripada .blogspot.com kepada .com anda sendiri. Seperti panduan acuh tidak acuh dahulu di mana ramai yang bertanya dengan lanjut, sekarang saya akan menerangkan prosesnya dengan lebih mendalam lagi.
Langkah 1 – Beli domain
Domain boleh didapati di mana-mana sahaja di syarikat penyedia hosting. Contohnya serverfreak, namsahaz, mercumaya dan lain-lain lagi yang boleh di Google Search. Dalam tutorial ini, domain dari mercumaya digunakan dan nama domain tersebut ialah mywindowsxp.info.
Langkah 2 – Seting rekod CNAME
Jika anda membeli domain bukan daripada blogger.com, anda mestilah membuat CNAME atau Canonical name anda sendiri. Lihat panduan google di sini. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.mywindowsxp.info, blog.mywindowsxp.info
Langkah 2.1 – Daftar di EveryDNS.net
Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net. Setting yang perlu anda lakukan ialah seperti screenshot berikut:
Setting pada everydns – Klik untuk besarkan.
1. Masukkan nama domain anda di situ dan klik basic.
2. Klik pada nama domain anda. Skrin sebelah kanan akan muncul.
3. Pada Current Record, delete CNAME yang sedia ada.
4. Pada Add a record, letak www.mywindowsxp.info (www kena ada). Kemudian, pilih CNAME. Akhir sekali masukkan ghs.google.com.
Langkah 3 – Setting di akaun Mercumaya
Ok sekarang, buka akaun mercumaya anda. Akan wujud satu tempat untuk meletak domain seperti berikut. Letakkan nameserver everydns pula pada ruangan seperti dalam gambar di bawah:
Masukkan ns2.everydns.net pada kotak kedua juga.
Langkah 4 – Seting di blogger.com
Masukkan nama blog anda di Tab Publishing seperti berikut:
Klik untuk besarkan
Anda boleh juga switch kembali ke blogspot pada bila-bila masa jika domain anda belum *dicrawl.
Sekian sahaja. Harap dapat membantu. ![]()
P/S: *Selepas membeli domain, tunggu sehari dua supaya domain itu boleh crawl ke internet semua.
Sajer-sajer.. LAlala
32 Responses for "Langkah demi langkah hosting blogger berdomain dot com"
info yang sangat bagus….thanks ya..
#topo
U r welcome..
bm tengah konfius nk beli domain atau x. haha
Wah so pro!
Saya penah cuba untuk domain di blogger.com
dengan bantuan hosting bagus sekali…
#blogmenjerit
Nanti pakai wordpress ek. :p
#Haney
What pro? No lah.. Biasa2 ajer
#zool
Yup. Ada bantuan hosting lagi mudah
jap2.adeh.stuck dekat last part – part 3.dah bukak akaun mercumaya balik tapi..
Langkah 3 – Setting di akaun Mercumaya
Ok sekarang, buka akaun mercumaya anda. Akan wujud satu tempat untuk meletak domain seperti berikut.”kat mane tu ye?”
ambil galah tolong jolokkan.thanx.
Klik ‘My Domain’ kemudian klik ‘Details’. Maaf lambat. Harap dapat membantu.
terimakasih.saya dah settlekan.domain saya .com.my so En. Mizan sendiri yang kene settingkan.terimakasih.
tuan dekan,
boleh bagi tutor proses “plug in”
ramai pengguna wordpress tak faham step2 awal…
buleh ye?
salam dekan.lepas je saya directkan domain name mercumaya ke blogger camna nak tau status domain name nie tgh dicrawl oleh spider ke x?sebab dah dekat 3 hari tapi xnampak apa2 perubahan lagi.harap tuan dekan dapat membantu.
#kujie
Plugin wordpress kah? Okat, nanti dekan akan cuba. How’s the new feeling using wordpress kak jie? Best x? Eh da lama dah guna ek. Terasa mcm baru je lg ckp nak amik hosting aritu.
#khairul
Mungkin masalah hosting atau domain redirection. Saya ada email ente. Cuba yang tu dulu, Okies
langkah 3.
mana my domain tu?
#Ablu
Wahai ablu, tolonglah. Tolonglah cari dahulu sampai jumpa. Aisehman..
Inilah dia screenshotnya. http://www.mywindowsxp.info/wp-content/uploads/2008/08/mydomain.jpg Harap jumpa ya.
Okeh.
Mana?
Saya nampak scrrenshot tu ada.
Tapi di domain saya tak nampak pun.
Tak sama atau apa?
#Ablu
1. Mercumaya.net
2. Klik “Support”.
3. Masukkan email dan password sewaktu pendaftaran.
4. Anda akan dapat lihat seperti screenshot di link di komen di atas.
5. Klik pada My Domains.
6. Akan keluar Nama Domain, Tarikh Daftar, Tarikh Tamat, Amount, dan juga “View Details”.
7. Klik pada “View Details.”
8. Akan keluar information tentang domain tersebut dan option seperti – Auto Renew, Nameservers, Registrar Lock, dll. (Nampaknya semakin mantap pulak berbanding dahulu).
9. Ubah pada Nameservers tersebut seperti dalam entri di atas.
10. Ok.
P/S: Anyway, Ablu sudah beli domain x di Mercumaya?
Oh terima kasih ah Dekan!
Saya thought di domain yang kita beli.
Dah boleh~ Terima Kasih ah!
P/S: Anyway, Ablu sudah beli domain x di Mercumaya?
Dah.
Salam En. Dekan,
Saya telah membeli domain dari Mercumaya pada 2 hari lepas dan ingin membuat blogger berdomain dot com.
Soalan saya:-
1. Selalunya berapa lamakah masa diambil untuk domain crawl ke internet?
Sebab saya telah point ke blogger sejak 2 hari tapi tak nampak hasilnya.
2. Pada nameserver saya, terdapat 4 nameserver. perlukan saya memenuhkan semua namaserver dgn ns1.everydns.net, ns2.everydns.net dan seterusnya @ hanya mengisi dua tempat kosong?
Harap En. Dekan dapat menjawab soalan saya. TQ =)
#TPK
Salam En TPK,
Jawapan saya
1. Paling lewat 3 hari.
2. Boleh juga mengisi 2 nameserver sahaja x perlu semua.
Okay.
[...] wait atleast 2 days to get your approval. You can refer to Malaysia Computer Technical or Afham for reference in Malay language and using other domain [...]
Terima kasih atas tunjuk ajar. Skrg domain saya dah tunjuk ke blogspot
[...] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting provide various affordable and premium web hosting package for individual and enterprise [...]
salam.saya dah beli domain.com kat netkl.com.skang sy tak faham nak setupkan ke blogspot…cozz contoh yg ada kat sini guna mercumaya…boleh bagi penerangan.
saya dah try..tp kuar error 404 not found…bole tolong selesaikan??..
saya dah ikut cara yg encik bg….
domain sy dah 2 hari..ke kena tggu 3 hari???
Jutaan terima kasih atas tutorial ini.. Sekarang domain saya dah point ke blogspot. Alhamdulillah.. Allah sahaja dapat membalas jasa tuan.
@edd
Saya tiada akaun di datakl, so mungkin x boleh terang secara detail. Tapi boleh grab konsepnya di sini.
@azizee
Sepatutnya tidak begitu lama. Adakah masih belum up?
@RestRelaxInternet
Sama-sama. Terima kasih banyak-banyak. Ilmu yang ciput ini yang ada sahaja saya kongsikan.
Ramai kata domain di co.cc adalah percuma. Tapi bila sampai sana dan cuba, ada mesej muncul USD3 per domain. Bila sykt tu mula caj USD3 ? Sebenarnya domain yg diberkan bukannya top level domain tapi sub-domain. Apa pandangan pembaca?
DJ
Saya ada membuat cara encik bagi..tapi saya membuatnya di zonestraits..katanya semua domain di sana free..adakah cara encik berkesan?!
@Malaysian Advertiser
Thanks for the info..
@Dedeq
Saya xpastilah untuk zonestraits sebab saya x pernah cuba.
TQ atas tutorial ni, kalau tak sampai ke sudah la blog sy tak up up..huhuhu~
Mintak izin nak link tutorial ni di blog saya..sy akan letak credit sini..TQ
feminization
Leave a reply