Assalamualaikum,

Selamatkah komputer pejabat anda? Atau komputer rakan anda? Satu persoalan yang perlu anda ambil serius jika anda menggunakan komputer awam (public computer) atau selain komputer anda.

Antara sebab utama ialah ia mungkin mengandungi keylogger, suatu perisian yang tidak dikategorikan sebagai virus oleh beberapa antivirus yang berupaya merekod segala aktiviti papan kekunci (keyboard) selama ia terpasang. Anda fahamkah maksud saya?

Situasi

Baiklah. Begini caranya. Contoh situasi apabila anda me’login’ ke akaun maybank2u anda atau akaun email anda di komputer tersebut, kata username dan password anda akan turut terlog di dalam perisian keylogger tersebut. Tidak percaya, ini ialah contoh fail log keylogger daripada perfect keylogger yang saya cuba.

Contoh log keylogger – Klik untuk besarkan

Kisah benar

Berhati-hati menggunakan komputer awam Seperti komputer CyberCafe atau pejabat anda. Macam ada seorang manusia dahulu jugalah. Nakal sikit2. Letak keylogger di komputer pusat sumber salah sebuah matrik di Malaysia. :p Seminggu lepas tu, collect balik log file di komputer yang sama, semak balik ada dalam 30 password email dan lain-lain. Tapi disebabkan beliau tu baik sikit, beliau tidak guna pun. “Saja nak test sekuriti” dia kata. Sekarang, memang nasib semua mangsa baik, fail itu telah lama hilang kerana hard disk komputer tersebut telah lama rosak.

Pro dan kontra

Jika anda juga seorang yang nakal seperti beliau, terdapat banyak banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan muat turun sama ada percuma atau berbayar untuk perisian tersebut. Walau bagaimanapun, selain tujuan sebegini, keylogger boleh juga digunakan oleh ibu bapa untuk melihat perangai anak-anaknya tatkala menggunakan internet. Jika melawati laman web lucah dan tidak sepatutnya, ia boleh dikesan dengan mudah.


Contoh hardware keylogger yang terdapat di pasaran

Satu perkara yang bukan baru lagi, keylogger tidak hanya dalam bentuk perisian, malah terdapat juga dalam bentuk perkasan (hardware). pada masa sekarang yang boleh di-plugin ke komputer tanpa disedari.
Sekian sahaja. Anda tentukan segalanya. 🙂

Post Yang Berkaitan