Salam semua,

Ketika anda membuka komputer anda, akan tiba ketikanya anda menghadapi masalah lambat untuk boot up setelah meng’install’ banyak perisian di dalam komputer anda. Antara sebanya ialah terdapat beberapa program akan turut sama boot-up semasa komputer anda dimulakan. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba cara berikut yang akan mematikan program yang tidak penting ketika proses memulakan computer berlaku.

Cara pertama: Menggunakan ‘System Configuration Utility’


Klik untuk besarkan

  • Klik Start -> Run..
  • Taip “msconfg” dan klik OK.
  • Pergi ke tab “Startup” dan buangkan tanda (uncheck) pada program yang tidak diingini.
  • Dalam kes saya, terdapat dua program yang saya lihat tidak penting iaitu PowerDVDservis dan Java.
  • Klik OK.
  • Anda akan diprompt untuk restart computer.
  • Save semua program yang penting dan klik untuk Restart computer.
  • Kemudian setelah komputer restart, anda akan dirpomt sekali lagi.
  • Tandakan dalam kotak tersebut dan klik OK.

Cara kedua: Menggunakan registry editor:


Klik untuk besarkan

  • Klik Start -> Run..
  • Taip “regedit”.
  • Pergi ke folder : HKEY_Local_Machine\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
    dan HKEY_Current_User\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
  • Delete entri program yang tidak diingini itu.

Selamat mencuba 🙂

Post Yang Berkaitan