Salam pembaca sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana masih setia bersama kami di mywindowsxp.info. Haha. Baiklah. Kali ini tip-tip yang menarik punya. Tutorial berikut akan mengajar anda bagaimana memasuki komputer Windows XP yang berpassword. Ber’admin’ password. Pendek kata memang tidak boleh masuk tanpa password.

Terdapat dua cara untuk melaksanakannya mengikut keperluan. Cara yang pertama tidak menjejaskan password asal, kegunaannya hanyalah untuk mengambil fail yang terkandung di dalam komputer tersebut. Cara kedua ialah dengan mendeletekan password admin terus dan mengakses semua yang terkandung dalam PC seperti biasa.

Menggunakan kedua-dua cara berikut, anda mestilah terlebih dahulu mem’burn’ ISO image perisian yang akan digunakan ke dalam CD.

Cara Pertama: Menggunakan Live CD Ubuntu
Contoh situasi ialah apabila anda cuma mahu mengambil folder “Tesis Webserver” di dalam folder My Document admin (atau user berpassword).
Ikuti langkah berikut:
1. Dapatkan CD Ubuntu dengan menempah (3 minggu baru dapat) atau memuat turun dari websitenya secara percuma.


CD Ubuntu yang baru sampai ke rumah semalam
2. Jika anda memuat turun, burn ISO image Ubuntu ke dalam CD. Cara mem’burn’ imej ISO ke CD terdapat di sini.
3. Power On komputer tersebut, dan masukkan CD Ubuntu.
4. Pilih Start Ubuntu in Safe Graphic Mode.

5. Sekarang anda telah masuk ke OS Ubuntu Live CD.
6. Klik “Places” dan pilih “Computer”.

7. Cari Drive yang mengandungi folder My Document tersebut. (Kebiasaannya Drive:\Document and Setting\My Document)
8. Pilih Folder “Tesis Webserver”, dan cucuk pendrive anda, kemudian Copy dan Paste ke pendrive.
9. Klik kanan pada folder Pendrive dan pilih Unmount. Selesai. 🙂

10. Shutdown komputer dengan mengklik ikon Power di skrin kanan atas.

Cara kedua akan bersambung di entri akan datang.. 🙂

Post Yang Berkaitan