adsense.jpg

Kisah Adsense Indonesia

Pada November dahulu, DeKaN telah mengapply Adsense untuk laman web ini dalam Bahasa Indonesia. (Huhu.. Adsense Bahasa Malaysia tiada pula.) Disebabkan ia telah menepati syarat-syarat dan terma Google, maka tidak salah jika DeKaN cuba-cuba mengapply, mana tahu jika dapat. Selepas mengapply, hampir sebulan kemudian, (wah lamanya..!) Adsense bahasa Indonesia DeKaN telah di-approve. Tapi gembiralah dapat juga akhirnya.

Tiada Adsense Content

Walau bagaimanapun, Adsense Indonesia atau non-english Adsense ini tidak menawarkan perkhidmatan Adsense for content dan referral. Hanya ‘Adsense for Search’ sahaja menandakan kotak ‘Search by Google’ sahaja boleh diletakkan di laman web ini. Masalah mula timbul apabila DeKaN telah membuat satu lagi produk blog iaitu theboringdekan.

Ajaib

TheBoringDekan adalah dalam Bahasa Inggeris, tetapi ‘Adsense for Content’ tidak boleh diletakkan kerana bahagian tersebut tiada dalam polisi Adsense Bahasa Indonesia. Kemudian DeKaN juga meng’search’ internet untuk mendapatkan penyelesaian. Malagnya ramai menghadapi masalah sama iaitu tiada ‘Adsense for Content’ untuk laman web non-English. Jika Adsense anda English, anda ‘masih boleh’ meletakkannnya untuk laman web non-English.

Penyelesaian

Setelah bermesejan dengan Tim dari Google Adsense untuk Indonesia, beliau mengatakan memang Bahasa Indonesia tidak menyediakan ‘Adsense for Content/Referral’ tersebut. Beliau juga memberi amaran tidak boleh mempunyai dua akaun untuk orang yang sama. Jika kedapatan akan boleh di-ban. Oleh itu, beliau dengan baik hatinya mencadangkan DeKaN menyah-aktifkan akaun lama dan membuat akaun baru.

10 minit

Selepas beberapa minggu berfikir, (kerana Tim juga memberi amaran supaya tidak melanggar Google Polisi untuk Adsense), DeKaN telah membuat keputusan mendrop akaun lama dan membuat akaun baru. Akaun lama 3 bulan tapi 2 sen sahaja. Akaun baru, hehe.. Kemudian DeKaN mengapply akaun baru Adsense English dengan menggunakan laman web theboringdekan. Alhamdulillah, dengan berjayanya permintaan DeKaN diapprove dalam masa 10 minit sahaja. Huhu..

Sekian, begitulah caranya menukar Adsense anda. 🙂

Post Yang Berkaitan