3 Apr
Assalamualaikum,
Artikel berikut dirujuk daripada laman web US CYBERSECURITY – Tips.
Apa itu pembulian siber (cyberbullying)?
Pembulian siber merujuk kepada cara yang digunakan untuk melakukan gangguan ataupun pembulian kepada seseorang individu menggunakan teknologi. Pada zaman sekarang, pembuli siber tidak terhad kepada metod fizikal, surat dan telefon lagi, bahkan telah menggunakan kemudahan alat-alat elektronik yang canggih seperti email, mesej-pantas, laman web, gambar digital, telefon bimbit, dan lain-lain lagi untuk tujuan kurang baiknya.
Cara membuli menggunakan siber adalah seperti ugutan, penyebaran perkara memalukan, dan juga ‘stalking’ kepada si mangsa. Cara yang digunakan sekarang adalah amat popular kerana dengan penyebaran di internet, perkara memalukan tersebut akan tersebar dengan lebih meluas, cepat dan amat berkesan.
Bagaimana anda boleh mengelakkan diri anda menjadi mangsa?
1. Hati-hati ketika memberikan maklumat peribadi diri. Caranya adalah dengan menghadkan maklumat peribadi tersebut kepada orang tertentu sahaja. Dengan ini maklumat akan terjaga, dan dapat sebarang kebocoran dapat dikesan dengan pantas.
2. Elakkan daripada meng’hangat’kan situasi. Jika anda menjadi mangsa ‘buli’ internet, bergantung kepada situasi juga, anda dinasihatkan mengambilkira opsyen ‘berdiam diri’. Kadangkala jika anda memberikan respon kepada si pengugut, atau pembuli, mereka akan lebih teruja untuk meneruskan hasrat tersebut.
3. Dokumenkan aktiviti internet anda. Jika boleh, anda rekodkan semua aktiviti online anda termasuk masa dan tarikh. walau bagaimanapun, jika anda kaki internet, perkara begini susah dilakukan.
4. Laporkan pembulian siber kepada pihak yang berkenaan. Anda boleh melaporkan pembulian siber ke pihak yang berkenaan, sama ada bos anda (jika berkenaan syarikat) ataupun pihak berkuasa seperti polis. Selain itu, aktiviti serangan siber boleh juga dilaporkan kepada MyCert Malaysia di sini.
5. Lakukan ‘pencarian’ diri anda sendiri di internet. Laman web seperti Google kadangkala akan mengindeks nama anda dan juga data-data peribadi anda dalam enjin cariannya. Selain itu, dengan timbulnya banyak portal, dan laman web sosial seperti friendster, myspace, dan lain-lain lagi menjadikan diri anda begitu terdedah kepada sebarang serangan.
Melainkan anda ada tujuan tertentu untuk mem’promosi’kan diri, anda boleh bersedia mengambil risiko mengabaikan beberapa perkara tersebut. Selamat melayari internet.
P/S : Banyak tips menarik terkandung di laman web tip siber sekuriti tersebut untuk pembacaan untuk ‘low-level’ user. Layari laman web tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sekuriti internet.
Sajer-sajer.. LAlala
9 Responses for "Pembulian siber dan tip-tip mengatasinya"
eh, baguslah entry nih. buat sy terfikir utk lebih hati2.. tapi mmg b4 this x suka bg info diri sesuka hati pun. apa2 pun, what happen if all this happen kat luar negara, let say moscow?? cemana dzul, leh tolong jelaskan??nak mintak tlg kat saper.. takkan nak g ker MyCert juga??
salah satu cara yang selalu diaorg guna untuk membuli, guna youtube lah…
diaorg rekod lps tu upload dlm youtube tuh untuk memalukan org lain.. sian yang kena tuh…
#baizura
Kalau kat luar negara pun boleh bgtau diaorang punya CERT. Setiap negara ada. Tambahan lagi negara Rusia yang maju itu.. Hehe.
#lutfee
Betul tu. Sian kat gadis2 mangsa gambar friendster mereka… Ish2..
P/S: Baru pas interview kat CyberSecurity Malaysia. Nampaknya, peluang agak tipis. huhu.. Tiada pengalaman berbanding orang yang sudahpun involve dengan kerja2 admin yang lain.
Bahaya Jugak Banyak Terdedah Ni Ek? Banyak Rahsia Peribadi Dalam Laptop Nie.. Huhu..
rahsia tahi lalat sy ade dlam komputer nie..takutnyeeee
Pencarian diri? menarik gak, tak pernak terfikir nak buat. Manala tau nama kita ada kat wikipedia. Kat WHOIS adala
aku rasa kalau org guna maklumat diri kita utk apa jua tujuan baik/buruk cnthnya penyamaran/spam/dsb tanpa kebenaran, tu pencuri identiti…kalo buli buli ni aku pun tak pastila. biasala dunia tanpa sempadan, takde cara nak elak diri yang berkesan kecuali tak payah main fs/ms/fb, blog pun takyah letak bio dan reg domain pun tibai la nama olok2..hahaha!
Elo…busy ke? Dah lama tak update..
yow sume frenz…… ^^
Leave a reply