Assalamualaikum,

Sekian lama, teringin lak update. Baru sebentar tadi pendrive partner FYP saya, si Jefri, terkena seakan-akan virus. Beliau mencari-cari rakan yang mempunyai Windows Vista untuk memformat kembali pendrive NTFS nya. Malangnya semua sudah hilang, maklumlah Arsenal VS Man U.. :p

Jadi terpaksalah beliau memformat kepada FAT32. Ops, nanti dulu. Sebenarnya anda boleh menggunakan Windows XP untuk format USB/Flash/Thumb/Pen Drive anda ke NTFS. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah berikut:

  1. Cucukkan pendrive tersebut ke PC anda.
  2. Klik kanan My Computer, pilih Manage.
    mycomputer.jpg
  3. Klik pada Device Manager. Pada bahagian kanan, pilih Disk Drive, dan Highlight Pendrive anda. Contohnya macam dalam gambarajah, MP3 SONY yang best itu telah saya tandakan. Hehe..
    mycomputer2.JPG
  4. Klik kanan, dan Pilih Properties.
  5. Kemudian, pada tab Policies, tandakan Optimize for Performance.
    mycomputer3.jpg
  6. Ok. Close semua.
  7. Buka My Computer anda. Klik kanan pada Pendrive, pilih “Format..”
  8. Pilih NTFS. Tekan Format.
    mycomputer4.jpg
  9. Sekian.

Selamat mencuba.

P/S: Jefri kata kalau NTFS lagi laju (read ngan write). Tidak tahulah pula saya. Betul lah kot. 🙂

Post Yang Berkaitan