Archive for April, 2008

Assalamualaikum,

windowsxp2.jpg

Windows XP

Satu artikel menarik di internet oleh seorang dari Yahoo Tech, Christopher Null, yang mengatakan Windows XP akan keluar daripada pasaran pada Jun 2008. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan Windows XP anda sampai bila-bila. Cuma pengeluarannya akan berhenti mengikut artikel tersebut.

Saya rasa banyak syarikat yang masih menggunakan Windows XP. MAk ayah, kakak adik, ramai selesa menggunakannya kerana interfacenya lebih user friendly tambahan Windows XP sudah sebati dengan kehidupan harian kita. So, siapa pengguna Windows XP sini angkat tangan! 🙂 Yes2, banyak rupanya.. Banyak kritikan telah diterima artikel tersebut. Begitu juga agak sukar kepada semua pembuat software dan hardware seluruh dunia untuk memastikan produk mereka Vista-friendly. So, jangan risau.

Windows Vista

Sekarang banyak laptop sudah di’equip’kan dengan Windows Vista. Pemberhentian pengeluaran produk Windows XP ini adalah untuk memberi laluan kepada pasaran Windows Vista pada masa akan datang. Berapa ramai sudah yang memakai Vista? Saya pun belum serasi lagi dengan Vista. Laptop adik saya kot yang ada Vista Home Edition pun. Selebihnya semua komputer (di rumah dan di sini) adalah Windows XP. Walau bagaimanapun, kepada pembaca semua, saya akan terus post tentang Windows XP selagi saya tidak menukar ke Windows Vista. 🙂

Sneak Peak

Will Windows XP really no longer be on sale after June 30? Sorry for the double negative, but no. All this means is that Microsoft will stop selling the OS. Finding a computer with XP preinstalled will likely be very difficult, as well. However, you’ll still be able to find copies for the foreseeable future, and likely the unforeseeable one, too. See for yourself: You can find copies of just about any Microsoft product, including ancient versions of Windows and even MS-DOS, by simply searching online. But hang on to your current copy of Windows XP. You may need it down the road if you don’t want to move to Vista..
Baca artikel seterusnya di sini.

Sekian. 🙂

adsense.jpg

Kisah Adsense Indonesia

Pada November dahulu, DeKaN telah mengapply Adsense untuk laman web ini dalam Bahasa Indonesia. (Huhu.. Adsense Bahasa Malaysia tiada pula.) Disebabkan ia telah menepati syarat-syarat dan terma Google, maka tidak salah jika DeKaN cuba-cuba mengapply, mana tahu jika dapat. Selepas mengapply, hampir sebulan kemudian, (wah lamanya..!) Adsense bahasa Indonesia DeKaN telah di-approve. Tapi gembiralah dapat juga akhirnya.

Tiada Adsense Content

Walau bagaimanapun, Adsense Indonesia atau non-english Adsense ini tidak menawarkan perkhidmatan Adsense for content dan referral. Hanya ‘Adsense for Search’ sahaja menandakan kotak ‘Search by Google’ sahaja boleh diletakkan di laman web ini. Masalah mula timbul apabila DeKaN telah membuat satu lagi produk blog iaitu theboringdekan.

Ajaib

TheBoringDekan adalah dalam Bahasa Inggeris, tetapi ‘Adsense for Content’ tidak boleh diletakkan kerana bahagian tersebut tiada dalam polisi Adsense Bahasa Indonesia. Kemudian DeKaN juga meng’search’ internet untuk mendapatkan penyelesaian. Malagnya ramai menghadapi masalah sama iaitu tiada ‘Adsense for Content’ untuk laman web non-English. Jika Adsense anda English, anda ‘masih boleh’ meletakkannnya untuk laman web non-English.

Penyelesaian

Setelah bermesejan dengan Tim dari Google Adsense untuk Indonesia, beliau mengatakan memang Bahasa Indonesia tidak menyediakan ‘Adsense for Content/Referral’ tersebut. Beliau juga memberi amaran tidak boleh mempunyai dua akaun untuk orang yang sama. Jika kedapatan akan boleh di-ban. Oleh itu, beliau dengan baik hatinya mencadangkan DeKaN menyah-aktifkan akaun lama dan membuat akaun baru.

10 minit

Selepas beberapa minggu berfikir, (kerana Tim juga memberi amaran supaya tidak melanggar Google Polisi untuk Adsense), DeKaN telah membuat keputusan mendrop akaun lama dan membuat akaun baru. Akaun lama 3 bulan tapi 2 sen sahaja. Akaun baru, hehe.. Kemudian DeKaN mengapply akaun baru Adsense English dengan menggunakan laman web theboringdekan. Alhamdulillah, dengan berjayanya permintaan DeKaN diapprove dalam masa 10 minit sahaja. Huhu..

Sekian, begitulah caranya menukar Adsense anda. 🙂

  • 8 Comments
  • Filed under: Adsense
  • Sumber MP3 di internet

    Assalamualaikum dan selamat malam,

    Mencari tempat memuat turun mp3? **Cubalah di sini:



    Lagu ‘Negaraku’ pun ada. Cepat, sementara stok masih ada. 🙂
    * Baca dahulu nasihat daripada Dekan

    Sumber mp3 yang lepas

    Jika dahulu, sumber mp3 boleh di cari di Google Search, mp3000.net, multiply.com, emp3world.com, lagubaru.net dan juga di website blogspot yang lain seperti muaturun, dan lain-lain lagi. Boleh juga dicari di rapidshare menggunakan enjin cariannya. Tetapi sekarang banyak laman web yang mengedarkan MP3 terpaksa ditutup. Maklumlah, sebabnya mengedarkan bahan copyright tanpa lesen. Tambahan pula jika kandungan tersebut di host di website sendiri.

    mp3_dekan.JPG

    Oklah, berkenaan dengan copyright item, cuba fikirkan format mp3 ini sahaja mudah di’convert’ dari windows media player, mempunyai saiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana, dan amat mudah untuk diedarkan di internet. Ia menyukarkan pemilik hakmilik musik tersebut untuk mengenakan bayaran royalti, jika bahan tersebut dalam format mp3. [via Law of The Internet]

    MP3 itu sendiri adalah sah selagi anda tidak melakukan trading atau pertukaran dengan rakan anda tanpa izin daripada pemilik hakcipta – definisi dari Bresso.

    Antara artikel menarik yang boleh dibaca:
    MP3 yang sah
    Pelajar dikenakan tindakan berhubung pengedaran MP3
    UK akan ‘ban’ perkongsian fail secara haram (illegal) pada 2009

    * Nasihat daripada DeKaN, sokonglah industri muzik Malaysia dan dunia. Belilah yang Original.

    ** Disclaimer: Mp3 tersebut tidak dihost di mywindowsxp. Jika anda memuat turun, delete dalam masa 24 jam. Lame excuse but this all I can say. 🙂

    Sekian, terima kasih.

  • 22 Comments
  • Filed under: Muat Turun, Sumber
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In