26 Mar
Pada hari Isnin yang lalu, suatu tengah hari, lapar..
“Hello, Assalamualaikum..” kata satu suara di telefon.
“Waalaikummussalam..” jawab saya.
“Ini dekan (bukan nama sebenar, hehe) kah?” Bertanya suara tersebut.
“Ya, saya. Ini siapa?” Saya bertanya pula kehairanan.
“Saya, ___, dari CyberSecurity Malaysia. Awak..” Alamak, what I have done?
The rest of this conversation is remain secret. Hehe. End of story.
Cerita di atas tiada kena mengena dengan cerita di bawah.
Anda sebagai warga negara Malaysia mesti tertanya-tanya mengapa laman web kerajaan selalu digodam dahulu. Jawapannya mudah, sekuriti yang kurang dan kelalaian pihak-pihak tertentu. Tahukah anda insiden-insiden yang berlaku di luar negara turut berlaku di Malaysia? Misalnya kes hacking, penafian perkhidmatan, penipuan, gangguan siber, dan lain-lain lagi lebih terkenal di luar negara.

Mengikut statistik yang dikeluarkan CyberSecurity Malaysia, dahulunya dikenali sebagai NICER, pada bulan Februari 2008 terdapat 87 kes berbanding 67 pada bulan sebelumnya. Bagi spam pula, terdapat 3400 spam berjaya dikesan pada bulan Februari.
Siapa kata Malaysia tiada insiden?
Jumlah pengguna Internet di Malaysia semakin meningkat disamping perkhidmatan online yang semakin bercambah untuk kemudahan manusia moden, manakan tiada kesannya. Berbanding dengan negara lain, peratusan di Malaysia ini saya kira amatlah rendah. Mungkin rakyat Malaysia tidak kisah tentang perkara tersebut dan tidak melaporkan kepada MYCERT. Diambil daripada kata-kata pensyarah saya, “Banyak insiden, cuma tidak dihebahkan kepada umum.”

Terdapat banyak tools di Internet yang anda boleh gunakan untuk melakukan perkara (hacking) tersebut berserta cara, tutorial serta skil turut sama diajar. (Maaf, saya tidak akan ajar ya. :P) Antara kisah-kisah menarik tentang internet sekuriti boleh dibaca di ruangan news di website tersebut.
Jika ada insiden siber yang berlaku kepada anda, anda boleh melaporkannya di MyCERT atau menggunakan sistem baru baru diperkenalkan iaitu SMS di nomber berikut: 019-2665850. Dinasihatkan jangan sesekali membuat laporan palsu kerana no telefon anda direkodkan.
Oleh itu, anda hendaklah berhati-hati ketika berurusan di dunia Internet ini. Sesiapa sahaja boleh menjadi rakan, dan lawan. Penyamaran senang berlaku.
Sekian sahaja.
Sajer-sajer.. LAlala
7 Responses for "Statistik Insiden Godam Februari di Malaysia"
Aku tahu apa yang berlaku… Hua3.
Hidup plak dier.. Hehe.. CCNA tu nak biler?
Kau bawak esok je la brader. Aku jumpe kau kat kelas.
lorrrr…2 orang blogger ni saling kenal mengenali rupanya
#Fauzi
Xmau.. datang amik.. hehe.. ingat sini tmpt chatting ke. Haha..
#kita
Huhu.. Alhamdulillah.. kami sudah saling mengenali semenjak 4 tahun lepas. Cuma saya lebih baru dalam berkecimpung di arena blog, die lebih otai. Sila beri tunjuk ajar sekali ya, kita.
kamo’ hack ape itew?hihi
Ooo… CypherHackz tu kawan ko yerk dekan…
aku ingatkan org putih mana….heheheh…
bagus2… rupa2nya dunia blog malaysia ni kecik jerk…
Leave a reply