blogbaru.JPG

Template mywindowsxp.info

Assalamualaikum,

Sudah dua minggu rasanya saya menukar hosting dari Blogger.com ke ‘WordPress self-hosted’. Setakat ni, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma ada satu dua perkara sahaja kena setting semula. Selepas ini, jika berkesempatan saya akan post satu entri untuk ‘checklist’ apa yang perlu dilakukan jika anda menukar hosting daripada blogger.com ke wordpress. Macam-macam jugalah kerenah untuk menukar hosting ini. Tambahan pula, posting di website yang lama sudah banyak, menjadikan kerja memindah kandungan dan melaraskan permalink agak mencabar. Huhu..

Oh ya, sebelum terlupa, saya menggunakan hosting daripada Mercumaya. Akhirnya, setelah fikir-fikir yang mana murah dan mendapat nasihat daripada beberapa sahabat yang berpengalaman membina website, rata-rata mencadangkan yang ini. Huhu, Rasa macam agen promote plak. Tapi sebenarnya hosting lain banyak kelebihan masing-masing. Cuma saya rasa yang ini agak murah sahajalah.

Template website ini sama seperti dahulu. Ada juga rupanya template untuk wordpress, mula-mula tak jumpa. Cuma sekarang tidak biasa lagi dengan kerenah wordpress seperti plug-in, ftp (saya tak boleh pakai ftp, wireless sini tak boleh akses pula), tag, comment, dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya seperti fauzi, hani, amir ramzani, dan lain-lain yang mendorong secara tidak langsung.

Walaupun sekarang penuh kesibukan dengan projek sarjana muda (PSM), (univerisiti lain panggil FYP), saya harap selepas ini saya akan cuba sedaya upaya meluangkan masa posting. InsyaAllah.

Sekian sahaja. Assalamualaikum.

Post Yang Berkaitan