Hai pembaca sekalian,

Jika anda seorang ‘kaki muat-murun’ semestinya anda sudah biasa mendengar perisian ini – Internet Download Manager. Dengan menggunakan perisian ini anda boleh meningkatkan kepantasan muat turun anda sehingga 300%. Sama ada perisian, gambar, video, mp3, dan fail-fail lain, semuanya boleh dimuat turun dengan IDM.

Tahukah anda terdapat satu fungsi dalam IDM untuk memuat turun seluruh kandungan laman web secara automatik? Fungsi tersebut ialah Grabber. Perhatikan ikonnya seperti ini.

grabber0.jpg

Dengan grabber anda boleh menyalin semua kandungan yang terdapat dalam suatu laman web sekaligus sama ada kandungan, gambar, mahupun perisian dan video. Hanya beberapa langkah sahaja diperlukan untuk me’nyetup’ (damn, i can’t figured the translation word right now.. huhu) grabber ini.

Langkah 1:
Setelah klik ikon Grabber, tulis ‘Project Name’ dan ‘Start Address’ untuk laman web yang mahu dimuat turun. Project Template boleh dipilih dari senarai sama ada, website penuh, gambar sahaja, video sahaja, tanpa gambar dan video dan lain-lain lagi mengikut kehendak anda.

IDM-Grabber-1

*Saya memilih Kelly-korner-xp.com sebagai demo kali ini kerana ia pernah menjadi mangsa grab saya suatu ketika dahulu, 2006. :p Amat bagus tools di sini.

Langkah 2:
Letakkan path folder di mana laman web akan disimpan.

IDM Grabber-2

Langkah 3:
Setkan penapisan atau limit laman web yang ingin didiscover.

IDM Grabber-3

*Setiap level web page adalah based on links. Jadi jika ada link laman kedua pada muka pertama, maka grabber akan follow link tersebut sebagai ‘with-in’ the base site’. Kalau ada fail disimpan di luar based address, tandakan level 1 untuk levels on the other site.

IDM Grabber Level

Langkah 4:
Setkan penapisan jenis fail. Jika anada ingin satu page yang lengkap, tandakan sahaja complete web page. Jika ingin gambar atau video sahaja, tandakan sepatutnya.

IDM Grabber-4

Langkah 5:
Laman web tersebut akan di’Grab’ oleh IDM. Setiap laman web akan di’explore’ satu persatu. Tandakan fail yang anda ingin simpan dan klik download. 🙂

IDM Grabber-5


Sekian selamat mencuba.

Post Yang Berkaitan