Assalamualaikum,

Teringat kenduri kahwin, banyak pula jemputan pada musim cuti persekolahan ini. Banyak betul rakan-rakan sudah melangkah ke alam perkahwinan. Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada para pembaca jika turut sama melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Apa kaitan tajuk ini dengan kenduri kahwin? Ha, adalah. Sila baca dengan penuh teliti dan anda akan dapat manfaatnya.

gmap.bmp

Kali ini saya akan mendedahkan kepada para pembaca tentang GoogleMap. GoogleMap atau “Peta Google” boleh digunakan untuk mengetahui atau mengesan sesuatu tempat menggunakan nama jalan.

Sama ada jalan ke Nationwide di tempat anda, rumah rakan sepejabat anda, sehinggalah rumah kenduri kahwin rakan lama anda di kampungnya, anda masih boleh mengesan kedudukan tempat tersebut asalkan anda ada alamatnya.

Okay, masih tidak faham. Atau tidak percaya? 🙂 Baiklah, mari kita buat demo.

Kita akan mencari alamat kenduri kahwin ini. Jeng3:
8A, Kg Laneh,
Jalan Lubuk Merbau,
33700 Padang Rengas,
Perak Darul Ridzuan.

Tips : caranya ialah dengan menaip alamat dari bawah ke atas:

1. Pertama sekali, klik sini untuk buka page GoogleMap.

2. Pada bahagian search, taip : Perak, Malaysia. Lihat peta pada bahagian kanan anda akan di’zoom’.

googlemap-perakmalaysia.jpg

3. Kemudian, taip : Padang Rengas. Peta tersebut berubah, skrolkan mouse anda untuk zoom area yang ditanda tersebut.

gmap-padangrengas.bmp

4. Kemudian taip : Jalan Lubuk Merbau. Anak panah menunjukkan tempat yang ditanda Google bermaksud jalan itu ialah Jalan Lubuk Merbau. Perhatikan kelihatan Kampung Laneh di situ (bulatan).

gmap-jalanlubuk.bmp

5. Zoom lagi anda dapat lihat nama jalan sekali jika di taman perumahan. Jeng3. Di sinilah tempat kahwin tersebut. Cuba anda klik pada menu Satellite. Anda akan dapat lihat seperti ini: Inilah rumah tersebut, saya dapat cam sebab ia adalah kampung saya. 🙂

gmap-kampung2.bmp

Jadi, apa kata anda pula cuba cari rumah anda sendiri selepas ini. Tidak pun, anda cari alamat tempat-tempat menarik, dan lihat dari GoogleMap.

Selamat Mencari. 🙂

Post Yang Berkaitan