Selamat Pagi,

Pada hari ini, saya akan mengajar anda membuat persembahan Powerpoint (Powerpoint Presentation) yang berlatarbelakangkan seperti sebuah laman web. Maksud saya mempunyai navigasi (navigation) seperti sebuah website. Anda boleh klik navigasi tanpa perlu keluar dari powerpoint show tersebut.

Lihat contoh slide di bawah, anda tentu tidak percaya navigasi tersebut adalah berfungsi sepenuhnya:

background-3.JPG

Contoh Powerpoint Presentation bernavigasi seperti web

Ok. Triknya mudah sahaja. Gunakan Slide Master untuk page yang statik seperti latar belakang anda, dan tindihkan butang navigasi baru di atas butang navigasi sedia ada. Dapat tangkap? Bagus.

Pertama, anda buka powerpoint, pilih Menu -> View -> Master -> Slide Master. Pada page ini, letakkan latar belakang web anda seperti dalam gambar di atas.

Kedua, anda edit butang navigasi baru sama seperti butang navigasi di website anda. (Sama ada Print Skrin dan edit di Paint atau cara lain).

Ketiga, tampal (paste) butang baru di atas butang statik navigasi anda. Mungkin anda juga mahu mengubahnya sedikit untuk kesesuaian anda.

Keempat, selepas anda meletakkan kandungan di semua page anda, setting bada butang navigasi supaya ia boleh ke page yang sepatutnya. (Menu Slideshow -> Action Setting..)

Terakhir, preview slideshow anda dan lihat sama ada ia menjadi.

Jadi, bolehlah anda membuat presentation lain sedikit selepas ini. Disertakan bersama ialah contoh presentation daripada saya untuk rujukan anda. Muat turun di sini.

Sekian.

Post Yang Berkaitan