11 Mar

Selepas saya beli hosting, saya terperasan satu benda menarik di CPanel hosting saya. Pada bahagian ‘Softwares/Services’ terdapat satu applikasi yang dinamakan Fantastico De Luxe. Fantastico ini ialah perisian laman web untuk menginstal perisian pakej Open Source bagi membuat sesuatu website.
Rupanya senang sahaja membina laman web ini, kata hati saya. Almaklumlah, saya ini masih baru di dunia internet (tapi 5 bulan dah ni.. hehe). Baru terasa terbuka sedikit tentang selok belok pembinaan laman web. Website seperti portal jiwang.org, blog mywindowsxp.info, forum putera.com/tanya, malah elearning.utm.my pun boleh dibina dengan hanya beberapa klik sahaja.
Antara yang terkandung dalam Fantastico ini ialah:
Papan Diskusi (Discussion Board):
phpBB – forum atau papan mesej yang popular (contoh)
SMF – satu lagi pilihan untuk forum atau papan buletin.
Portal/CMS: – penyelesaian portal yang hebat, banyak modul dan add-on.
PHP-Nuke
Post-Nuke
PHP Website
XOOPs
Joomla!
Blogs:
Wordpress – sama seperti blog ini
Nucleus – satu lagi blog yang lain yang terdapat CMS di dalamnya.
Galeri Gambar:
Gallery – galeri foto online oleh anda sendiri.
Skrip Lain:
Moodle – sistem pengurusan kursus yang dibina untuk kaedah pengajaran secara online.
Noah’s Classifieds – anda boleh menjalankan website iklan anda sendiri dengan ini.
dan lain-lain lagi..
Untuk senarai lebih lanjut dan fungsinya anda boleh merujuk di laman web cpanel host ini.

Untuk menginstall applikasi tersebut di website anda mudah sahaja. Cuma Klik pada new Installation seperti dalam gambarajah di atas, dan setting satu dua perkara dan siap. Amat mudah dan pantas.
Walau bagaimanapun, terdapat kritikan beberapa pihak tentang fantastico ini yang tidak up-to-date untuk perisian tertentu. Walaupun begitu, anda boleh meng’update’ sendiri perisian tersebut di laman website yang asal perisian tersebut.
Sajer-sajer.. LAlala
9 Responses for "Applikasi fantastico untuk bina website"
ok ler tu….tapi kebanyakan orang kita malas untuk explore perkara baru….
kita: betul2.. aku pun idak explore agik menatang fantastico neh.. >_<
btw bro, i’ve added you to my blogroll and link page.. exchange link ye ^^
#kita
Yeah.. maka kita rajin-rajinkan diri..
#MK
Tq bebeh.. I’ve added you too..
yeah.. bro, x sempat la nak post artikel² banyak keje sangat bulan ni. Banyak lagi mende kene setting. Gud luck
Fantastico is great.
# locos
Yeah.. xpe slow2..
#Haney
Very fantastic right?
aku mmg suka menatang fantastico tuh.. memudahkan install software yang kita nak… tapi yg xbest cuma alamat laman web lps tu ada / .
kena install manual kalau tanpa / tu…
kena belajar lagi nih nak intsall manual dgn sql nih…
oh.. macam tu.. tak kaji pulak ada slash.. hehe.. Thank you.
[...] entri sebelum ini yang mengajar penggunaan fantastico, anda juga boleh mendapatkan perisian membuat laman web percuma itu (open source katakan.. ) dan [...]
Leave a reply