6 akses menggunakan ACID UTM anda
Author: DeKaN
21
Mar

Selamat sejahtera semua,
Topik kali ini ialah sebagai tanda selamat datang kepada pelajar UTM yang telah melayari laman web dan melanggan artikel di sini.
ACID atau Academic Computing ID ialah ID online yang telah dicipta khas untuk kegunaan pelajar dan staff UTM mengakses beberapa laman web yang berkaitan dengan UTM. Jika anda masih tidak tahu, terdapat 6 akses (atau lebih) untuk laman web yang menggunakan ACID ini:
- elearning - Laman web ini digunakan untuk pelajar mendapat bahan matapelajaran yang diedar secara online daripada pensyarah. Ia diarkib setiap semester.
- aimswebxs - Aimsweb adalah penting untuk mengakses butiran peribadi seperti butiran kewangan, keputusan peperiksaan, kolej, saman dan sebagainya.
- Laman web fakulti - Terdapat beebrapa laman web fakulti yang menggunakan ACID untuk login. Antaranya seperti fakulti pendidikan dan lain-lain.
- Webmail siswa - Mungkin ada yang belum tahu, setiap pelajar UTM telah diperuntukkan ruang__MB untuk email anda tersendiri @siswa.utm.my . Menarik bukan. Jika anda mempunyai kenalan, anda boleh
eksyen sedikit dengan memberi email anda contohnya ahmad@siswa.utm.my kepada beliau. :p
- Wifi UTM - Jika anda pengguna wifi UTM semestinya anda perlukan ACID anda untuk mengakses internet.
- UTM Intranet - Sebenarnya, anda boleh mengakses laman Perpustakaan Sultanah Zanariah dari mana-mana tempat di seluruh dunia dengan menggunakan Virtual Private Network anda. Saya baru diberitahu staff PSZ ketika di tahun akhir ini. Aiseh, kenapa tak bagitau awal-awal. Anda boleh renew peminjaman buku dari rumah sahaja ataupun memuat-turun journal dari library di seluruh dunia secara percuma. Banyak PSZ langgan rupanya.
Disebabkan ACID ini begitu sulit, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan akaun anda secure sepanjang masa. Caranya ialah sama ada dengan meletakkan password yang strong, dan juga kerapkan mengubah password sama ada setiap bulan sekali atau dua bulan sekali.
Selamat belajar.
Post Yang Berkaitan
3 Responses for "6 akses menggunakan ACID UTM anda"
Jangan lupa, saya yang melahirkan ACID dan memberikannya nama yang menarik. Itu dulu-dulu semasa berkhidmat dengan CICT.
Sesiapa yang terkompromi password ACID, akibatnya seperti kena simbah acid.
oo..ko yg buat ke..
hebat 2..hehe
erm..klo nak dapat journal pasal wireless utm..
nak dapat kat mane ek??
@d|n
Uiks.. tu lecturer ko la. PM Munim tuh. Jangan memain. Tgkla rambut die dah banyak da uban. Banyak pikir tu. Hehe..
@Munim
Pe cer prof mantap? Bile nak lepak lagi? Huahuahua..
Leave a reply