Archive for March, 2008

Rapidshare, syurga fail internet

Salam sejahtera pembaca,

Anda mahu muat turun sesuatu, tetapi tidak tahu alamatnya? Salah sebuah tempat storan online yang terbesar di dunia, Rapidshare adalah syurga muat turun untuk semua perisian, muzik mp3, movie, dan lain-lain lagi di internet. Mungkin cara berikut biasa anda praktikkan semasa mencari ‘item download’ anda itu – dengan menambah parameter: “site:rapidshare.com“.

Contohnya begini: Katakan anda mahu mencari ebook bertajuk seperti “computer“. Masukkan perkataan anda begini: “Computer ebook site:rapidshare.com“.

Selain cara di atas, terdapat satu lagi cara yang mudah – menggunakan enjin carian rapidshare. Beberapa senarai enjin carian terdapat di sizlopedia dan gHacks tetapi sebahagian daripadanya sudah rosak.

Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:

1. rapidshare-search-engine

2. rapidlibrary

3. filez

4. filecrop

5. rapid.tvphp

6. 4megaupload

7. filescoop

8. rapidshare1

9. rapidshare-searcher

10. searchrapidshare.info

11. rapidfox

12. hellafiles

13. filesearch.gr/

14. oplahol.

15. rsfind

16. rapidrat

17. searchshared

18. shareminer

19. filesbot

20. rapidosearch

21. oneclickfiles

22. rapidsharelink

23. megadownload

24. avun

Cara menggunakan Google amat baik, tetapi kadangkala ada fail yang akan terindeks jauh dalam GoogleSearch. Adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian khas seperti di atas.

Selamat men’download’. 🙂

Feedcount give so much impression on your blog. I, too, love my feedcount. But trust me recently, I have mistakenly discovered one trick that can boost your feedcount to 50% to 200%.

The trick is simple enough. All you need is a free, open source browser called Mozilla Firefox. While I’m trying to build a widget to bookmark my favourite’s blog such as cypherhackz, selfobliged, azhar ahmad, sembang komputer, vangardx, and others to return their latest topic on my Firefox tabs (such as the Live Bookmark, only all the latest topic in one place), I live-bookmarked my theboringdekan to start with.

Still not found the way, the next day, I found out theboringdekan boosted to 20 readers from 4 readers the other day. It’s 400% isn’t it? Curious to find how it would happen, checking at feedburner, it came from the tabs Firefox Live Bookmark!

Then I think, is there any way we can discover the culprit from outside, and found it is undetectable. Unless you activate the feedburner API awareness or shutdown your computer for a period of days, then the reader can notice the major difference.

Okay, if you want to do this, think for a while. Is it worth? Your own answer for your own reason.

Again, the step is just live-bookmarked your own feed to boost your feedcount. If you make a folder of your live bookmark and bookmark it again and again, it will loop until 1000% until you realized it won’t help you feel the excitement of your work.

I really love to hear your opinion on this.

Pada hari Isnin yang lalu, suatu tengah hari, lapar..

“Hello, Assalamualaikum..” kata satu suara di telefon.

“Waalaikummussalam..” jawab saya.

“Ini dekan (bukan nama sebenar, hehe) kah?” Bertanya suara tersebut.

“Ya, saya. Ini siapa?” Saya bertanya pula kehairanan.

“Saya, ___, dari CyberSecurity Malaysia. Awak..” Alamak, what I have done?

The rest of this conversation is remain secret. Hehe. End of story.

Cerita di atas tiada kena mengena dengan cerita di bawah. 🙂

Anda sebagai warga negara Malaysia mesti tertanya-tanya mengapa laman web kerajaan selalu digodam dahulu. Jawapannya mudah, sekuriti yang kurang dan kelalaian pihak-pihak tertentu. Tahukah anda insiden-insiden yang berlaku di luar negara turut berlaku di Malaysia? Misalnya kes hacking, penafian perkhidmatan, penipuan, gangguan siber, dan lain-lain lagi lebih terkenal di luar negara.

malaysiancyber.jpg

Mengikut statistik yang dikeluarkan CyberSecurity Malaysia, dahulunya dikenali sebagai NICER, pada bulan Februari 2008 terdapat 87 kes berbanding 67 pada bulan sebelumnya. Bagi spam pula, terdapat 3400 spam berjaya dikesan pada bulan Februari.

Siapa kata Malaysia tiada insiden? 😛 Jumlah pengguna Internet di Malaysia semakin meningkat disamping perkhidmatan online yang semakin bercambah untuk kemudahan manusia moden, manakan tiada kesannya. Berbanding dengan negara lain, peratusan di Malaysia ini saya kira amatlah rendah. Mungkin rakyat Malaysia tidak kisah tentang perkara tersebut dan tidak melaporkan kepada MYCERT. Diambil daripada kata-kata pensyarah saya, “Banyak insiden, cuma tidak dihebahkan kepada umum.”

statistikmalaysia.jpg

Terdapat banyak tools di Internet yang anda boleh gunakan untuk melakukan perkara (hacking) tersebut berserta cara, tutorial serta skil turut sama diajar. (Maaf, saya tidak akan ajar ya. :P) Antara kisah-kisah menarik tentang internet sekuriti boleh dibaca di ruangan news di website tersebut.

Jika ada insiden siber yang berlaku kepada anda, anda boleh melaporkannya di MyCERT atau menggunakan sistem baru baru diperkenalkan iaitu SMS di nomber berikut: 019-2665850. Dinasihatkan jangan sesekali membuat laporan palsu kerana no telefon anda direkodkan.

Oleh itu, anda hendaklah berhati-hati ketika berurusan di dunia Internet ini. Sesiapa sahaja boleh menjadi rakan, dan lawan. Penyamaran senang berlaku.

Sekian sahaja.

Sajer-sajer.. LAlala

Nilai Blog Saya~


My blog is worth RM57593.28.

How much is your blog worth?

Listed In