Logo Rasmi Ubuntu


Pembaca yang dihormati,
Anda pernah dengar Linux? Anda tahu apa itu Ubuntu? Ubuntu adalah salah satu daripada Sistem Pengoperasian (OS) Linux. Apa pula beza Ubuntu dengan Microsoft Windows? Apa itu sumber terbuka? Susah atau tidak menggunakan Ubuntu ini? Sejauh mana perkembangan Ubuntu atau Linux ini pada masa akan datang?Jika anda mempunyai pelbagai persoalan di atas dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu ini, anda boleh ke :

1.ubuntuforums.org
Forum terbesar Ubuntu di dunia (dalam Bahasa Inggeris). Sebarang masalah atau pertanyaan yang anda terfikir sekarang sudah pun ada jawapannya di sana.

2.ubuntu.com.my
Komuniti rasmi Ubuntu untuk komuniti di Malaysia. Forumnya yang sedang berkembang dari semasa ke semasa mempunyai pelbagai topik menarik seperti hardware, software, security, server, dan lain-lain lagi.

3.melayubuntu.blogspot.com
Weblog Bahasa Melayu yang sentiasa dikemaskini. Diolah dengan gaya bahasa yang mudah, puitis dan sedap dibaca, weblog ini menjadi pilihan saya. Terdapat banyak perkembangan tentang Ubuntu dan maklumat yang berguna yang akan membuatkan anda tertarik untuk mempraktikkannya.

4. Weblog-weblog Ubuntu dalam Bahasa Melayu lain yang sedang berkembang – www.ganux.com, www.iamnewbie.net, ubuntubm.wordpress.com, dan lain-lain lagi (tolong inform saya kalau ada tambahan ya).

Well, are U ‘buntu’? Not anymore.. 🙂

Post Yang Berkaitan