22 Feb
“Show Hidden Files and Folder”
Selamat sejahtera,
Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.
Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut.
Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:
Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)
Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)
1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada ‘checkedValue’. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci ‘CheckedValue’ dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula ‘Show Hidden Files and Folders’. Sepatutnya dah ok.
Cara kedua : Muat turun fail registry dan mengaktifkannya
1. Klik di sini untuk muat turun fail vbs registry daripada website kelly’s corner ini.
2. Selepas muat turun, klik 2 kali pada fail tersebut dan satu kotak pengesahan akan muncul.
3. Tandakan OK.
Notis yang keluar untuk fail vbs tersebut.
Kalau sudah ok beritahu ya. Kalau ada penyelesaian lain juga boleh beritahu. Tq.
Sajer-sajer.. LAlala
3 Responses for "‘Show Hidden Files and Folder’ rosak atau error"
komputer sy ade kene virus yang buat sy xdpt nk bukak regedit langsung.mcm mane nk settle kan?
#fakhri
Try install 3rd party software untuk regedit. Hm.. Ada bnyk… Apa ek. Try yang ni dulu, tgk boleh ke x.
salam bro dekan.. saya nak tumpang tanya bro. saya punyer pc ni ada prob skit la. sbb saya tak boleh nak click direct kat partition C dgn D saya. dia akan kuar popup mntak saya buka guna program yg disenarai. right click then open/explore pun still tak boleh. yg saya cuma boleh buat just plih folder C/D yg saya nak bukak kat address column tu. camner ek bro? saya ada tanya kawan saya maybe ada virus dah kacau registry saya. bila scan mmg ada berlambak virus masuk. bila dah sure clean semua virus saya try direct click still lagi tak boleh. harap bro boleh membantu. tq.
Leave a reply