19 Feb
Assalamualaikum,
Sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi :
FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
| Hari mengundi | 8 Mac (Sabtu) |
| Penamaan calon | 24 Februari (Ahad) |
| Tempoh berkempen | 13 hari |
| Pemilih awam | 10,701,054 |
| Pemilih pos | 221,085 |
| Jumlah parti politik berdaftar | 30 |
| Jumlah kerusi Parlimen | 222 |
| Jumlah kerusi DUN | 505 |
Anda boleh memeriksa status anda sebagai pengundi secara online dengan melayari laman web : http://www.spr.gov.my
Semak status pengundi anda. (Klik untuk besarkan)
Masukkan No kad pengenalan anda, dan anda akan diberi maklumat seperti di atas. Kawasan Parlimen tempat akan anda undi, negeri, pusat undi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi akan dipaparkan.Bagi sesiapa yang tiada internet, anda boleh semak status di talian Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-88856600 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda cuma perlu menyatakan kad pengenalan anda sahaja.Selamat menunaikan tanggungjawab anda.
Sajer-sajer.. LAlala
One Response for "Semak status pengundi anda online"
[...] saya ada membuat entri tentang cara menyemak status pengundi secara online. Laman web SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp boleh dijadikan tempat menyemak status [...]
Leave a reply