23 Feb
Hai semua,
Malam semalam saya menghabiskan masa mencari webhosting yang best untuk weblog mywindowsxp.info nanti. Kalau boleh server Malaysialah. Ketika mencari dan mencari di Google search : ‘Malaysia Webhosting’, saya mendapat satu idea menarik. Apa kata kita tengok website orang lain pakai webhosting apa?
Begini caranya : Menggunakan servis Name Server Lookup di internet.
1. Cari di Google.com perkataan berikut : NS Lookup
2. Pilih satu servis. Saya memilih network-tools.com.
3. Taipkan nama weblog atau website dan lihat nameserver tersebut.
4. Search di internet webhosting tersebut untuk maklumat lanjut feature atau tawaran pakej mereka.
Antara yang saya lihat ialah :
1. cypherhackz.net menggunakan serverfreak.biz
2. bijakkomputer.com menggunakan internet-webhosting.com
3. hongkiat.com dan saifulislam.com menggunakan slicehost.net
4. saifulsham.com menggunakan easynet-interactive.com
5. taszara.com menggunakan 000webhost.com (server free.. menarik.)
dan beberapa website lain lagi.
Webhosting masing-masing mempunyai tawaran menarik tersendiri. Ada juga webhosting yang telah men’sponsor’ website tertentu di atas yang bertrafik tinggi. Bestnya.
Selepas fikir-fikir, bagi saya yang masih baru ini, mungkin saya akan mengambil server di Mercumaya.net sahaja kerana tawarannya saiz yang agak besar 5Gb (kalau tidak silap) dengan harga yang tidak mahal sangat (rm68/tahun). Tengoklah macam mana nanti.
OK.
Sajer-sajer.. LAlala
4 Responses for "Cari-cari Web Hosting yang menarik"
http://www.cubiex.com
Salam, betul tu terdapat pelbagai pilihan hosting yang menarik. Namun sekiranya mencari web hosting yang menarik?
Sila pilih Web hosting serendah RM 10. di SenangHosting
Kalau nak bina website dan domain tapi tak tahu dimana. Sila pilih SenangHosting sebagai pilihan anda.
Harga berpatutan, Nilai terbaik, server berkualiti dan pantas.
Terima kasih
bagus ke host kat senanghosting ni?
sy pun tgh carik hosting yg ada email hosting skali..bagus ke senang hosting ni?
Leave a reply