10 Jan
Salam sejahtera,
Berikut adalah cara yang saya sendiri lakukan semasa menukar ke domain ini. Perkara pertama yang anda perlu ada sebelum mendaftar domain ialah sebuah blog di blogger.com (daftar percuma.)
Kemudian anda beli domain (hanya domain sahaja, tidak perlu web hosting) di mana-mana syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Contoh macam saya, saya pakai MercuMaya.net. Harganya pada masa saya beli adalah RM30.
Kemudian, anda setting DNS pada domain anda. Lihat panduan yang diberikan Blogger untuk cara-caranya. Walau bagaimanapun, terdapat registrar (syarikat yang anda beli domain tadi) yang tidak menyediakan perkhidmatan manage DNS seperti mercumaya ini. Oleh itu, saya cadangkan anda mencari servis internet (percuma ada, berbayar pun ada) yang menawarkan perkhidmatan manage DNS seperti GoDaddy.com, no-ip.com dan EveryDNS.net.
Masukkan domain anda dan manage DNS seperti dalam panduan Blogger tersebut. Kemudian, pada registar anda, tukarkan setting DNS di situ kepada DNS servis internet yang manage DNS anda tadi.
Kemudian, masuk Blogger.com. Applikasikan setting di Tab Customize -> Publishing. Letakkan domain anda di situ. Tunggu sehari, dua hari dan dua hari setengah, dan lihat website anda telah diredirectkan ke domain baru anda itu.
Selamat mencuba.
Sajer-sajer.. LAlala
2 Responses for "Tukar domain blogger kepada .com atau .net pada harga RM30+-"
[...] anda perlu lakukan untuk menukar domain daripada .blogspot.com kepada .com anda sendiri. Seperti panduan acuh tidak acuh dahulu di mana ramai yang bertanya dengan lanjut, sekarang saya akan menerangkan prosesnya dengan lebih [...]
Saya berharap saudara dapat membantu saya dalam setting DNS kerana saya juga menggunakan MercuMaya.net . Saya masih lagi keliru dan sangsi apakah langkah yang saya lakukan betul ataupn tidak.
Ini mesej yang diterima oleh saya pada blogger panel - “The DNS record for your domain is not set up correctly yet. If you just purchased this domain the set up process may take up to a day.”
Apakah perlu untuk saya create ‘A’ Name? atau saya hanya perlu create C Name sahaja? JIka dibantu dengan imej dapat membantu saya memahami perkara ini.
Saya hara saudara dapat membantu saya.
Leave a reply