Assalamualaikum,

Saya baru diberitahu oleh Fauzi si budak kecil itu tentang PR6 untuk website mywindowsxp.blogspot.com saya. Terkejut dengan berita itu, saya pun bertanya, “PR tu apa?” Huhu. Tampar dahi beliau mendengar pertanyaan sebegitu. Maaflah, saya sebenarnya amat baru lagi dalam dunia blog ini. Dulu tahu tentang blog, cuma ingat ia berkenaan kehidupan personal sahaja. Tidak terfikir boleh juga untuk kegunaan lain. 😛

PR itu bermaksud Page Rank. Dalam dunia internet ini, berdasarkan algoritma tertentu yang dikira oleh Google sendiri, Page Rank yang tinggi akan mudah dijumpai jika di’search’ di Google. Page Rank mempunyai ranking 1 hingga 10, oleh itu laman web saya itu adalah 6/10 sahaja. Mungkin betul, mungkin salah juga tafsiran sebegitu, tetapi itu cara mudah yang saya fahamlah.

Sesiapa yang mahu melihat Page Rank blog atau laman web anda boleh dihat di website Page Rank checker ini.

Tahniah kepada Cypherhackz.net juga berjaya mendapat PR3 kembali pada masa sekarang. Semoga meningkat kepada tahap tertinggi semula nanti.

Post Yang Berkaitan