Tuan-tuan dan puan-puan,

Tip-tip dan trik – Alternatif bagi menggunakan YM.

Ini adalah bahagian yang menarik mengenai YM. Berikut adalah soalan yang selalu ditanya dan ini jawapannya.

Perisian YM saya mempunyai masalah. Adakah perisian lain yang boleh menggunakan YM?

Selain perisian YM, anda juga boleh memuat turun perisian yang menawarkan perkhidmatan fungsi mesej-segera yang pelbagai seperti Trillian, Pidgin (dahulu dikenali sebagai Gaim) , dan sebagainya.

Trillian – Pidgin

Log in seperti biasa menggunakan YahooID anda selepas memilih servis Yahoo Mesenger pada perisian tersebut. Anda akan tahu sendiri semasa menggunakannya.

Saya sedang bekerja, dan polisi syarikat tidak membenarkan sebarang perisian diinstall dalam computer. Ataupun, perisian tidak boleh diinstall kerana dikunci oleh administrator. Bolehkah saya menggunakan YM dengan cara lain?

Anda boleh mencuba di laman web Messenger sendiri. Log in seperti biasa dan cuma mungkin terdapat beberapa fungsi yang dihadkan.

Selain itu anda boleh mencuba laman web Meebo. Hanya masukkan YahooID dan password anda seperti biasa. Untuk maklumat lanjut tentang meebo, anda boleh melihat artikel rakan saya. Sebelum login, pastikan address bar laman web tersebut bermula dengan https: bukan http: untuk sekuriti. Antaramuka laman web ini mungkin sedikit kejanggalan bagi yang pertama kali menggunakannya, tapi fungsi-fungsi ia masih seperti YM itu sendiri. 🙂

Bersambung…

Post Yang Berkaitan