30 Nov
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian,
Apa yang anda lakukan semasa anda melayari internet?
Ada sesetengah orang akan bermain chatting, melihat email, bermain game online, membeli barang dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada sikap (behaviour) individu pengguna internet sendiri. Hm.. untuk lebih isi yang menarik bagi blog ini, saya sendiri senaraikan keperluan internet saya yang mungkin juga sama seperti anda. Hey, mungkin hobi kita sama. Hehe.. mungkin ada yang berkata ‘user internet behaviour’ (pelakuan pengguna internet) jika diketahui boleh dieksploitasi oleh website tertentu untuk kegunaan mereka.
Tapi tidak mengapa, saya cuma senaraikan yang umum sahaja..
Saya amat alu-alukan komen saudara pembaca sekalian.
What would i do on the internet? (Apa yang saya lakukan semasa berinternet)
Anda pula bagaimana?
26 Nov
Website berikut bukan sahaja mengandungi fungsi bacaan al-quran secara visual dan audio, tetapi turut menawarkan tafsiran al-Quran atnpa perlu memuat turun atau menginstall apa-apa perisian sekalipun. [via Blog Bijak Komputer]
Cubalah layari sendiri untuk melihatnya : http://www.quranexplorer.com/
Semoga pelayaran internet anda lebih tenang sekarang. ![]()
22 Nov
Assalamualaikum dan salam hormat,
Jika anda menggunakan Windows XP Professional sebagai local user dalam suatu workgroup, anda boleh membuat satu disket untuk reset kata laluan anda. Ia berguna ketika anda terlupa akan kata laluan anda sendiri. Untuk membuat disket tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :
Langkah-langkah untuk membuat disket yang reset kata laluan (password):
1. Klik Start –> Control Panel –> User account.
2. Klik nama akaun anda.
3. Di bawah “Related Task”, klik “Prevent a forgotten password”.
4. Ikut arahan dalam wizard Forgotten Pssword tersebut untuk membuat disket anda.
5. Selepas selesai, simpan disket tersebut di tempat yang selamat kerana sesiapa sahaja boleh mengakses akaun anda jika menggunakan disket tersebut.
Selamat mencuba. [via freepctech.com]
Sajer-sajer.. LAlala